(TUTORIAL) : Embed Slideshare ke Laman Frog VLE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dalam banyak-banyak tutorial mengenai Frog Vle, saya terlepas pandang cara untuk meng"EMBED"kan Slideshare ke dalam laman pengajaran dan pembelajaran. Jadi tidak salah kiranya saya menulis entri ini walaupun ramai pendidik sudah pun mengetahuinya. Ianya boleh dijadikan sebagai rujukan bila-bila masa.


Lihat langkah yang saya sediakan. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.

Dokumen Berkata Laluan Gagal Melepasi Frog Vle?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Setiap hari Rabu, seperti biasa adalah kelas subjek Teknologi Maklumat Komunikasi, TMK tahun 4. Segalanya sudah disiapkan namun terjadi masalah yang mungkin terlepas pandang.

Objektif hari ini ialah setiap murid mesti boleh memasang kata laluan atau password pada dokumen Word yang dihasilkan.

Semuanya berjalan lancar. Namun di saat akhir, bertemu dengan satu masalah yang tidak dapat "disolvekan", diselesaikan. Masalahnya ialah dokumen yang telah diencrypt @ dipasang password gagal dimuat naik ke dalam Frog Vle. Jadi, ku terpaksa memerah otak mencari strategi penyelesaian. 


Akhirnya, ku temui bahawa dokumen yang diencrypt memang tidak dapat dimuat naik ke dalam Frog Vle. Dokumen yang bebas password, dapat dimuat naik selamba ke dalam laman. Patut la murid mengadu masalah macam ini.

Ku ingatkan talian internet bermasalah ataupun sistem Frog jem. Cuba juga dirumah pun masalah tetap sama. Mungkin ni la kot sebabnya. Kalau rakan pembaca temui jalan penyelesaiannya boleh la beri komen di bawah ni yer.

***Dokumen tetap boleh dihantar melalui emel, Google Drive dan dll. Cuma ku tidak terduga dokumen berkata laluan tidak dapat melepasi Frog Vle.
17 August 2016

Reka Video Animasi dengan Animaker!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 

Video Tutorial ada di SINI!
 
Pada kali ini, saya ingin kongsikan sebuah software animasi atas talian yang seronok digunakan iaitu Animaker. Software ini adalah seangkatan dengan Powtoon. Siapa tidak kenal dengan Powtoon kan? Malah bagi PPD Sabak Bernam, sebuah bengkel pengenalan Powtoon kepada GPB iaitu Guru Penyelaras Bestari telah pun diadakan sebagai input tambahan kepada mereka. Seperkara lagi, saya bukan GPB yer!

Pilih pelan PERCUMA. Puas hati baru langgan!
Terdapat 4 jenis pelan yang boleh dilanggan oleh anda. Sebagai permulaan, tidak salah untuk mencuba pelan PERCUMA. Cuma kena beringat dengan terma dan syaratnya dengan sebuah video hanya berdurasi 2 minit, 5 buah video sebulan dengan kualiti SD.

Pilih akaun yang mudah bagi anda!
Pengguna Gmail dan Facebook sangat beruntung kerana tidak perlu melengkapkan borang pendaftaran yang meremehkan. Hanya perlu pilih akaun yang mana untuk digunakan bersama Animaker.

Klik pada "Get Started" untuk mula!

Apabila sudah log masuk, anda akan ditawarkan dengan beberapa jenis template yang sedia ada. Jika anda mahukan originaliti idea sendiri, anda boleh pilih template kosong. Di situlah bermulanya terjemahan idea anda!



Setelah template dipilih, tunggu hingga hamparan selesai loading. Bermulalah segalanya. Sebuah pop up tutorial akan menerjah skrin anda. Lihatlah tutorial itu untuk gambaran yang lebih jelas mengenai pembikinan video animasi berdurasi 2 minit bagi pelan PERCUMA.

Video yang telah siap, hanya boleh dieksport melalui YouTube dan Facebook. Segala video animasi anda terdapat di sana. Untuk simpanan, muat turun semula video itu dan bagi pelan percuma, hanya kualiti SD sahaja dengan 480p.

 Psst...Saya guna Animaker dalam pembikinan "Digital Storytelling Animation" wakil daerah Sabak Bernam ke peringat Negeri Selangor. 17 Ogos ni tarikh tutupnya. Doakan team sekolah saya berjaya yer.
15 August 2016

(TUTORIAL) : Kecilkan Imej dengan PAINT!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Imej yang bersaiz besar, seringkali membunuh masa anda terutamanya ketika anda sedang melayari Frog Vle dengan talian yang agak perlahan.

Imej besar sudah semestinya bersaiz besar. Hal ini akan mengambil masa yang lama untuk memuat naik dan seterusnya dilihat oleh murid dalam laman Frog Vle. 

Walau bagaimana pun, masalah ini dapat di atasi dengan cara mengecilkan imej tersebut. Imej yang bersaiz kurang daripada 1 Mb / 1000 Kb adalah sesuai dimuat naik ke dalam frog. Dengan talian yang lemah pun murid mampu melihat isi kandungan yang ingin disampaikan guru.



Caranya dengan menggunakan perisian PAINT yang sedia terbina dalam setiap windows dan dikenali ramai hatta oleh budak-budak kecil.

Sambutan Hari Raya SKTDI 2016

GALERI GAMBAR
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEK. KEB. TUN DOKTOR ISMAIL, SABAK BERNAM


 


klik untuk lihat paparan lebih besar
Lihat Google Photo (klik skip ads>>)












29 July 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# HUBUNGI SAYA

# HUBUNGI SAYA

# CARI DI SINI

#IKUTI MELALUI EMEL

#KATA-KATA ANDA

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -