Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Leap of Knowledge pada tahun ini telah pun berjaya dijalankan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 30 November yang lalu. Banyak maklumat yang dapat diperoleh sepanjang program itu berlangsung sesuai dengan temanya iaitu, Creating Connections bersama rakan-rakan guru dari seluruh Malaysia. Wow!

Pada perkongsian ini, saya ingin memaklumkan bahawa para peserta yang mengikuti LOK pada tahun ini telah pun menerima sebuah emel bertarikh 9 Disember lalu dari pihak Frogasia. Pihak mereka telah menghantar link/pautan bahan-bahan yang telah digunakan sepanjang LOK. Katanya mereka sangat merindui kami dengan tajuk emelnya iaitu "We Miss You Already". Harapnya begitulah yer.

Kepada rakan-rakan lain yang ingin melihat isi kandungan bahan yang digunakan bolehlah berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah yang saya berikan di bawah ni. 

Saya hasilkan peta aliran di atas dengan Canva.com

Bahan-bahan sepanjang LOK telah pun berada dalam Pustaka Saya / My Library :)

Apabila bahan/dokumen telah berada di dalam Pustaka Saya, tekan 'Buka' dan akan proses muat turun akan bermula. Selamat mencuba yer!